
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mufti Oman Syeikh mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Iran atas kesudiannya memasukkan pengajian fikah mazhab Ibadhi di dalam Universiti Mazahib Islami.
Ahmad bin Hamad al-Khalil pagi tadi turut merasmikan pengajian tersebut dalam satu majlis pagi tadi dengan menyatakan, "Universiti Mazahib Islami telah diasaskan dengan misi mengajar mazhab-mazhab Islam, yang penting perkara ini telah membawa kepada pemanfaatan kitab Allah, sunnah Rasulullah dan ijma' umat."
Mengenai betapa pentingnya kesetiakawanan, perpaduan dan penghindaran elemen perpecahan di kalangan umat Islam, beliau berkata, "Perselisihan di kalangan umat Islam merupakan perkara biasa, namun perselisihan ini dalam pendapat, dan ia tidak sepatutnya mencetuskan perpecahan umat.
"Agama Islam merupakan agama kasih sayang, bukannya kebencian, ia adalah agama yang menyatukan dan mendekatkan, bukan saling menjauhkan dan memecah belahkan, oleh itu dengan memanfaatkan ajaran-ajaran agama ini, kita hendaklah menentang perpecahan.
"Al-Quran juga mengesahkan tentang perselisihan dalam ijtihad, di zaman hayat Rasulullah pun telah wujud perselisihan dikalangan para penganutnya."
Mengenai kehidupan dunia hari ini yang semakin mencabar, beliau berkata, "Umat Islam hendaklah menyelesaikan masalahnya sendiri, dan permasalahan ini memerlukan penelitian yang gigih. Setiap mazhab berusaha dalam ijtihad dan menuruti ajaran al-Qur'an, Rasulullah (s.a.w), ijma' disamping tetap setia dengan ushul ini."
Berkenaan dengan fikah Ibadhi, beliau menerangkan, "Fikah ini terbentuk sejak kurun ke dua hijrah, pintu ijtihad dalam fikah ini sentiasa terbuka dan mazhab ini sama seperti mazhab-mazhab lain yang menjadi sumber kebaikan dan manfaat kepada umat Islam."
Universiti Mazahib Islami kepunyaan semua mazhab dan umat Islam
Presiden Unversiti Mazahib Islami, Hujjatul Islam Wal Muslimin Dr. Ahmad Moballeghi dalam majlis perasmian ini berkata, "Tanggung jawab yang dipikul oleh universiti ini berasaskan 3 fokus penting. Bermula dengan usaha ke arah solidariti dan kesepakatan dalam pembinaan ilmu pengetahuan Islam, kapasiti universiti ini di peringkat awalnya amatlah terhad. Namun kesedaran tentang betapa luasnya ilmu pengetahuan Islam yang berkembang dalam univerisiti ini merupakan perkara biasa."
Fikah Islam pada asalnya adalah satu, namun faktor sejarah masyarakat Islam telah membentuk suasana jurang baru di antara mazhab-mazhab. Selain membentuk perpaduan ilmu pengetahuan Islam, universiti ini berusaha menyediakan prinsip-prinsip setiap mazhab.
Berkenaan dengan fokus kedua yang menjadi tumpuan universiti ini, beliau berkata, "Masyarakat Islam telah menderita dengan cabaran-cabaran dan kesulitan-kesulitan di mana "Maqarin" merupakan satu-satunya cara untuk menghadapi cabaran ini. Maksud "Maqarin" ini bukanlah seseorang perlu mengorbankan mazhabnya sendiri, bahkan setiap mazhab hendaklah mengajar ilmu pengetahuan Islamnya dengan menuruti prinsip akhlak tanpa mewujudkan masalah. Univerisiti ini berusaha menyelesaikan masalah-masalah setiap mazhab di samping memanfaatkan segala peluang. Kami ingin membawa penyelesaian-penyelesaian dan hendaklah kita menghadapi segala masalah."
Berhubung dengan fokus ke-tiga, beliau menjelaskan, "Fokus ketiga ialah perluasan komunikasi universiti dengan menjaga akhlak dan adab perselisihan. Dalam setiap mazhab ada masalah, ia menyebarkan nilai-nilai akhlak. Oleh itu kita mampu memanfaatkan segala keluasan hubungan komunikasi universiti Mazahib dengan universiti-universiti lain."
Hujjatul Islam wal Muslimin Ahmad Moballeghi menambah, "Beradasarkan asas ini, dengan memberi perhatian terhadap tiga fokus tersebut, maka pihak universiti telah mengasaskan kerusi untuk fikah mazhab-mazhab Islam. Malangnya disebabkan kapasiti yang kurang, hanya 3 jurusan fikah iaitu Hanafi, Syafi'i dan Imamiyah telah diberjaya dibentuk. Kami sedang menyelidik semua kumpulan fikah dalam universiti ini sehingga penamaan unversiti ini bagi semua mazhab manjadi kenyataan."
Beliau menerangkan bahawa universiti ini menjadi milik semua mazhab dan umat Islam. Selain itu ianya turut menjalankan kegiatan khidmat masyarakat. "Fikah Ibadhi merupakan jurusan fikah yang ke-empat yang akan diajar di univeristi ini. Setelah pengasasannya nanti, para ulama Ibadhi sendiri akan mengajarnya. Kemungkinan kita juga akan mengasaskan jurusan fikah mazhab Zaidi, Hanbali dan Maliki sehingga universiti ini benar-benar memenuhi nama Univerisiti Mazahib Islami."